Reka bentuk Mesin kira

Kalkulator saintifik memaparkan pecahan serta nilai perpuluhannya yang setara.

Kalkulator elektronik moden mempunyai papan kekunci dengan butang untuk digit dan operasi aritmetik. Sesetengahnya turut mempunyai butang 00 dan 000 untuk menjadikan angka-angka besar lebih mudah untuk dimasukkan.

Pecahan seperti 1⁄3 dipaparkan sebagai anggaran perpuluhan, contohnya dibundarkan kepada 0.33333333. Juga, terdapat pecahan seperti 1⁄7 yang merupakan 0.14285714285714 (sehingga 14 tempat perpuluhan) boleh jadi sukar untuk dikenali dalam bentuk perpuluhan; hasilnya, kebanyakan kalkulator saintifik berupaya mengira pecahan kasar dan/atau nombor bercampur.

Di kebanyakan negara, pelajar menggunakan mesin kira untuk menyiapkan kerja rumah. Terdapat golongan yang menentang penggunaan mesin kira kerana bimbang pelajar tidak mampu menguasai kemahiran aritmetik asas. Terdapat juga ketidaksefahaman mengenai kepentingan untuk menguasai kemahiran mencongak, dengan sesetengah kurikulum matematik mengehadkan penggunakan mesin kira sehingga suatu tahap penguasaan telah dicapai, sementara golongan lain lebih menumpukan terhadap teknik anggaran serta penyelesaian masalah. Kajian menunjukkan bahawa panduan yang tidak cukup dalam penggunaan peralatan mengira akan mengehadkan jenis pemikiran matematik yang digunakan pelajar.[2] Golongan lain pula berpendapat bahawa penggunaan kalkulator boleh menyebabkan kemahiran matematik seseorang merosot, atau menghalang seseorang daripada memahami konsep algebra lanjutan.[petikan diperlukan]